Thursday, July 24, 2008

Training July & August

Disertakan jadual training bulan JULAI dan OGOS:
TRAINING
TARIKH
TEMPAT
UMUR
HARGA
TRAINER
PROMOSI
PUBLIC JB 11
25-27 Julai 2008
Hotel Good Hope, Skudai
18 tahun ke atas
Rm1000 (Guru: Rm750)
Andi M Fajar
Berkumpulan (Rm1000 x 10): Daftar 10 percuma 1
Daftar 11-25 pax: Rm900 seorang
Daftar >25 pax: Rm900
TEENS
26-27 Julai 2008
Grand Ballroom, Flamingo by the Lake , Ampang
13-18 tahun
Rm700
Firdaus Djamaris

TRAINING
TARIKH
TEMPAT
UMUR
HARGA
TRAINER
PROMOSI
PUBLIC KL 21
1-3 Ogos 2008
Grand Ballroom, Hotel Summit, USJ
18 tahun ke atas
Rm1380
(Guru: Rm1000)
Aminul Rachman
Berkumpulan (Rm 1380 x 5): Daftar 5 percuma 1
TEENS 8
19-20 Ogos 2008
Grand Ballroom, Flamingo by the Lake , Ampang
13-18 tahun
Rm700
Firdaus Djamaris
Earlybird: Rm630 sebelum 5/8/2008
Berkumpulan, daftar 3 dan ke atas: Rm635
*Renungan 165 akan diadakan pada 1 Ogos 2008 @Summit Hotel, USJ hanya untuk alumni ESQ sahaja.
*Preview umum akan diadakan pada:
-26 Julai 2008 @Flamingo by the Lake , Ampang
-2 Ogos 2008 @Summit Hotel, USJ
Kedua-dua program akan bermula jam 8.30 malam dan PERCUMA. Jumpa di sana !


Sekiranya berminat, boleh mendaftar melalui faks borang pendaftaran atau hubungi kami (telefon atau e-mel) dengan memberi maklumat di bawah:

Full Name, Name On Tag, IC No, Age, Organisation, Address, Designation, Tel No (Office), Fax No, H/P No, Email, Gender, Marital Status, and Religion.

Bayaran boleh dibuat dengan bank-in ke akaun Maybank ESQ: 5641 9101 8944 atas nama ESQ Leadership Center Sdn Bhd dan fakskan slip bayaran tersebut.

Para alumni ESQ dijemput hadir untuk refresh...
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami di ESQ Leadership Center Sdn Bhd.
'Feel The Experience' & 'Catch the Moment'. Sekian, terima kasih.

Salam 165, Nooreen :
NO E602 BLOK EAST WING, METROPOLITAN SQ, NO 2 JLN PJU 8/1,
DAMANSARA PERDANA, 47820 PETALING JAYA, SELANGOR.
(T): 03-77251651 / 03-77281650
(F): 03-77241650
hasEML = false;

Thursday, June 26, 2008

Treasure Hunt



















"ASMA UL HUSNA ESCAPADE” Itulah tajuk program yang julung-julung kali diadakan pada 7 Jun bertempat di Bukit Cherakah Taman Pertanian Shah Alam. Apa yang boleh dikatakan lagi. Tentulah seronok sebab berpeluang bersama keluarga tersayang mencari 'harta karun'. Walaupun beberapa hari sebelum program berlangsung macam2 masalah timbul sekejap jadi, sekejap tak jadi. Hmmm...macam mana boleh jadi macam tu ya? Tapi akhirnya dengan izin Allah dan dengan niat yang betul program berlangsung dengan baik.

Macam-macam pertandingan di adakan untuk kanak-kanak. Yang paling mengesankan ialah pertandingan menulis doa. Malam nya pula Pak Ary bersama rombongan bersama-sama memeriahkan majlis. Alunan suara Nazri (bekas kumpulan Raihan) sungguh syahdu. Paling best ketika Pak Ary mengambil alih acara. Gema suaranya benar-benar memecah keheningan malam. Apalagi bila beramai-ramai menyebut Ya Allah, Ya Allah. Bagai dapat dirasakan para malaikat juga turut bertasbih dan tidak keterlaluan jika saya katakan Allah jua turut melihat.

Di dalam hutan, di keheningan malam, di ruang terbuka, melihat langit yang terbentang luas, terasa betapa puas dan seronok sekali seolah-olah secara direct berkomunicate dengan Sang Maha Pencipta. Berita mengenai program ini ada disiarkan didalam akhbar Sinar Harian Edisi Selangor & Akhbar Bacaria.

Moga aktiviti sedemikian dapat berterusan.

Wednesday, June 25, 2008

Training Schedule For July

TRAINING UNTUK MAHASISWA
TARIKH : 28 - 29 June
TEMPAT : Flamingo Hotel, Ampang
UMUR : 19 - 25 tahun (Kad Matrik mesti bawa)
HARGA : RM 550
TRAINER : Firdaus Djamaris
PROMOSI ; Preview akan diadakan pada 28 Jun 2008, terbuka untuk umum dan percuma.


TRAINING UNTUK PUBLIK
TARIKH : 4 - 6 July
TEMPAT : Grand Ballroom, Hotel Summit, USJ
UMUR : 18 tahun ke atas
HARGA : RM 1380 ( RM 1000 untuk Guru)
TRAINER : Aminul Rachman
PROMOSI : (guru tidak termasuk dalam promosi ini):
· Earlybirds sebelum 27 Jun 2008: Rm1285
· Berkumpulan (Rm1380 x 5): Daftar 5 percuma 1
· Berkumpulan: 10-25 org: Rm1250 seorang


MISSION & CHARACTER BUILDING (Alumni ESQ shj)
12-13 Julai 2008
Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET)
18 tahun ke atas
Rm860
Dr Ary Ginanjar Agustian
Rm860 untuk kedua-dua ( Mission Statement & Character Building ).
Harga setiap satu:
· Mission Statement – Rm560
· Character Building – Rm500 (harga pengenalan. Harga sebenar Rm560)


TEENS 8 (REMAJA)
26-27 Julai 2008
Flamingo by the Lake , Ampang
13-18 tahun
Rm700
Firdaus Djamaris
Untuk pendaftaran sila hubungi:
1... Ummi Rose : 019- 2386333 /
03-4107 3379
2. Roha Hassan: 012-4317948
*Renungan 165 akan diadakan pada 4 Julai 2008, hanya untuk alumni ESQ sahaja.
*Preview akan diadakan pada 5 Julai 2008, terbuka untuk umum dan percuma.
Kedua-dua program bertempat di Grand Ballroom, Hotel Summit USJ jam 8.30 malam. Jumpa di sana!

Sekiranya berminat, boleh mendaftar melalui faks borang pendaftaran atau hubungi kami (telefon atau e-mel) dengan memberi maklumat di bawah:

Full Name, Name On Tag, IC No, Age, Organisation, Address, Designation, Tel No (Office), Fax No, H/P No, Email, Gender, Marital Status, and Religion.

Bayaran boleh dibuat dengan bank-in ke akaun Maybank ESQ: 5641 9101 8944 atas nama ESQ Leadership Center Sdn Bhd dan fakskan slip bayaran tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami di ESQ Leadership Center Sdn Bhd..
'Feel The Experience' & 'Catch the Moment'. Sekian, terima kasih

Salam 165, Nooreen :
NO E602 BLOK EAST WING, METROPOLITAN SQ, NO 2 JLN PJU 8/1,
DAMANSARA PERDANA, 47820 PETALING JAYA, SELANGOR.
(T): 03-77251651 / 03-77281650
(F): 03-77241650

Monday, June 23, 2008

Perjumpaan

Malam Jumaat 20hb beberapa Alumni berjumpa di Ibu Pejabat ESQ Damansara Perdana. Lebih kurang 20 orang yang hadir. Saya datang agak lambat lebih kurang pukul 8 lebih baru sampai dan mesyuarat telah bermula. Puan Marhaini selaku Pengurus Besar ESQ meminta setiap orang menulis di atas lima keping kertas tentang apa sahaja ketidakpuasan hati atau masalah. Kemudiannya kertas sebesar tapak tangan itu ditampal di dinding cermin dan kemudian dikategorikan mengikut 'kelasnya' sendiri.

Hmmm nampaknya banyak juga masalah terutama sekali mengenai ATS. Masakan tidak kerana yang hadir kebanyakannya adalah ATS. Selepas itu sekali lagi kami diberi kertas untuk menulis penyelesaian kepada masalah tersebut dan juga di tampal di dinding cermin.

Sememangnya menarik kaedah tersebut. Sama-sama 'buat' masalah, sama-sama selesaikannya. Dijangkakan mesyuarat berakhir jam 11 malam tetapi dek kerana 'seronok' nak selesaikan masalah, ia berlarutan hingga jam 12 +++.

Aktiviti terakhir sebelum mesyuarat berakhir Puan Marhaini meminta semua orang menulis idea-idea di atas lima helai kertas kajang yang ditampal di dinding mengikut kategori. Dan kesemua idea tersebut akan di teliti dan dianalisa oleh ESQ LC.

Banyak betul idea-idea yang baik diberikan namun saya melihat kekurangan tenaga kerja untuk mengendalikan/ melaksanakan idea-idea tersebut. Dengan 30 orang permanent staff ESQ hanya keajaiban sahaja yang mampu menolong mereka.

Pengenalan

Salam 165 buat semua Alumni ESQ.

Blog ini di adakan bertujuan bagi memudahkan kita berkomunikasi sambil bertukar-tukar fikiran. Dengan cara ini ia dapat mengurangkan kesesakan email anda kerana selama ini apa-apa jua aktiviti atau berita akan di hantar kepada mailbox anda. Ada sesetengah daripada email mungkin saja tidak disenangi.

Selain itu jika terdapat apa-apa aktiviti atau berita tentang ESQ bolehlah dibaca di blog ini.
Harap dapat anda sebarkan tentang kewujudan blog ini kepada rakan-rakan Alumni yang lain.

Salam Pengenalan
..yatie..